Borang Permohonan Rebat RM200 Telefon Bimbit Online


Pendaftaran atau borang permohonan rebat RM200 telefon pintar boleh dibuat secara online. Golongan belia atau remaja yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebate RM200 bagi telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1 januari 2013.

Syarat Kelayakan Rebat RM200

  1. Warganegara Malaysia berumur antara 21 sehingga umur 30 tahun
  2. Berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah
  3. Model telefon pintar yang dipilih mestilah dibawah harga RM500 maksimum
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar
  5. Hanya satu telefon pintar untuk setiap seorang

Cara Permohonan Rebat RM200

  1. Sila layari laman web https://komunikasibelia.skmm.gov.my dan buat permohonan secara online.
  2. Pada menu, sila klik pada permohonan untuk pelajar (jika sedang belajar) dan klik pada borang untuk pekerja jika sedang bekerja.
  3. Sila isi butiran penuh dan hantar pendaftaran anda.
  4. Salinan permohanan akan dihantar kepada anda melalui emel dalam tempoh 24 jam.
  5. rebat-rm200


Cara Cetak Dan Penggunaan Boucer Rebat RM200


Pastikan anda mencetak slip pendaftaran sebagai bukti anda telah memohon rebat RM200 untuk telefon pintar. Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.

Ranking: 5


AIK, TAKKAN BACA JE? KOMEN LAH SIKIT..

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© The Faceblog
Premium Template by Forblogger