Rumah Tangga Erra Fazira dan Engku Emran Bergolak?


Biarpun tiada sebarang pengesahan daripada Erra Fazira mahupun suaminya, Engku Emran Zainal Abidin, mengenai kemelut rumah tangga yang cukup hangat diperkatakan selama ini, namun semakin mendiamkan diri, semakin banyak spekulasi membabitkan kehidupan peribadi mereka bertebaran.

Terbaru, ada khabar mengatakan, pelakon, penyanyi dan pengacara jelita itu dan suaminya akan ke mahkamah syariah, bulan depan. Tujuan mereka ke sana pula masih menjadi tanda tanya. Apakah ia untuk mendapatkan khidmat nasihat ataupun meleraikan kekusutan yang kian membelenggu, hanya mereka saja yang tahu.

Pastinya perkhabaran ini berita yang hangat kerana sebelum ini kedua-duanya tidak pernah membuka mulut mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap mahligai yang mereka bina. Dan, jika benar mereka bahagia seperti yang dikata, mengapa sampai perlu ke mahkamah?d

Begitupun, selagi tidak mendapat hitam putih daripada Erra dan Emran, selagi itulah juga cerita ingin ke mahkamah syariah April depan tidak ditelan bulat-bulat. Ketika dihubungi bagi mendapatkan kesahihan cerita itu daripada empunya diri, Erra bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

Malah, tegas wanita berusia 39 tahun ini, dia sendiri tidak tahu menahu langsung mengenai perkara terbabit.

“Daripada sumber mana pula ni? Setakat ini, daripada pihak saya, memang tiada langsung cerita untuk ke mahkamah,” jawab Erra ringkas

Tegas ibu kepada Engku Aleesya ini, dia amat memahami serta akur status selebriti yang dipegangnya membuatkan dia sentiasa menjadi perhatian dan penilaian masyarakat.

Silap percaturan, pasti dia yang akan menanggung akibatnya. Namun, tegas Erra, walau apapun, bergelar artis bukanlah tiket untuk dia memukul canang berkongsi kisah peribadi serta permasalahan dalam rumah tangganya.

“Selagi cerita itu bukan daripada mulut Erra sendiri, jadi tak usahlah percaya.

Sebelum ini pun ada banyak cerita yang tidak benar diperkatakan orang. Erra tak mahu cerita seperti itu akan mencetuskan rasa kurang enak dalam rumah tangga kami,” katanya mengharapkan pengertian.

Ketika ditanya mengenai status rumah tangganya, Erra enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Tolong fahami permintaan saya yang kecil ini. Saya ada sebab musabab untuk tidak bersuara. Saya mohon pemahaman daripada anda semua,” katanya.
Ranking: 5


AIK, TAKKAN BACA JE? KOMEN LAH SIKIT..

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© The Faceblog
Premium Template by Forblogger